Keluar Sekejap

Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan
Keluar Sekejap
Último episódio

Episódios Disponíveis

5 de 197
  • EP182 | Amaran DAP Kepada PMX, Kesan Domino PRN Sabah, Rombakan Kabinet, Masa Depan BN
    Episod 182 Audio Siar Keluar Sekejap mengupas kesan domino yang tercetus selepas kekalahan mendalam Kerajaan Madani di PRN Sabah. Perbincangan merangkumi tekanan politik yang semakin memuncak apabila DAP menetapkan tempoh enam bulan kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk melaksanakan reformasi, desakan dalaman daripada saudara Rafizi berhubung isu integriti, serta kegagalan komunikasi kerajaan dalam menyampaikan inisiatif dan menguasai naratif kepada rakyat.Episod ini juga meneliti spekulasi mengenai rombakan Kabinet yang dijangka dilakukan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, dalam masa terdekat dan bagaimana langkah tersebut boleh mengubah hala tuju politik nasional.Turut dianalisis ialah krisis dalaman Barisan Nasional, susulan keputusan MIC meluluskan usul keluar BN serta pendirian MCA yang bersedia berbuat demikian sekiranya UMNO memilih bekerjasama dengan DAP. Ketidaktentuan dalam BN ini menimbulkan persoalan besar tentang masa depan gabungan itu dan peranan UMNO dalam landskap politik negara.Ingin jenama anda dikenali oleh ribuan pendengar? Taja episod Keluar Sekejap 2026!Hubungi +6011-1919 1783 atau emel [email protected]
    --------  
    1:05:43
  • [EPISOD KHAS] KS Live | Masa Depan Tenaga Malaysia: NUR Power & Kedah Sebagai Game Changer
    Keluar Sekejap turun ke Kulim untuk episod khas sempena Karnival Literasi Tenaga yang dianjurkan oleh NUR Power bagi menyokong agenda Malaysia Energy Literacy Program (MELP) iaitu salah satu inisiatif nasional dari Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) pada 29 November lalu!Dalam episod ini, Keluar Sekejap menemubual Dato’ Haji Mohd Sahil bin Zabidi, Group CEO, Kulim Technology Park Corporation Sdn. Bhd. Beliau berkongsi pandangan eksklusif tentang masa depan KHTP, strategi menarik pelaburan, dan bagaimana Kedah boleh memimpin ekonomi hijau Malaysia.Keluar Sekejap juga mengupas masa depan tenaga Malaysia khususnya KHTP, pusat industri yang bergantung kepada NUR Power, satu-satunya utiliti bebas dengan rekod kebolehpercayaan bertaraf dunia.Ingin jenama anda dikenali oleh ribuan pendengar? Ingin menjemput Keluar Sekejap untuk Live Show?Taja episod Keluar Sekejap 2025!Hubungi +6011-1919 1783 atau emel [email protected]
    --------  
    1:03:19
  • EP181 Analisis PRN-17 Sabah, Dominasi GRS,Warisan Kukuh,DAP Tumpas,Parti Pusat Semakin Lemah
    Keluar Sekejap Episod 181 membedah keputusan penuh PRN-17 Sabah bersama hos jemputan, Ong Kian Ming yang kembali untuk mengupas angka-angka pilihan raya dan perubahan besar dalam landskap politik negeri Sabah. Episod dibuka analisis angka—siapa yang benar-benar menang, siapa yang tenggelam, dan bagaimana GRS berjaya menguasai medan.Episod ini turut menampilkan tetamu jemputan Philip Golingai, Senior News Editor Star Media Group, yang menawarkan perspektif orang Sabah tentang kejatuhan DAP, kemerosotan UMNO, ketahanan Warisan, gelombang undi Cina serta dinamik KDM. Perbincangan turut merangkumi prospek Kabinet Sabah, kemungkinan peralihan Ketua Menteri dan implikasi nasional terhadap PH, BN dan PRU yang akan datang.Saksikan analisis paling lengkap dan kritikal pasca PRN-17 Sabah hanya di Keluar Sekejap.Ingin jenama anda dikenali oleh ribuan pendengar? Taja episod Keluar Sekejap 2025!Hubungi +6011-1919 1783 atau emel [email protected]:00 Intro01:18 Topline Numbers - Keputusan Rasmi PRN-17 Sabah10:00 Winners & Losers Narrative14:11 Cabaran Utama Kekalahan DAP19:46 Swing Voters Berpihak Kepada Warisan28:14 Tetamu Jemputan : Philip Golingai, Penganalisis Politik dan Senior Editor Star Media Group45:28 Masa Depan UMNO & BN Di Sabah58:06 Percaturan Barisan Kabinet Negeri Sabah01:01:21 Peralihan Kuasa Ketua Menteri Sabah01:05:18 Rasional KJ Memilih Kawasan Kempen di Sabah01:16:36 Menjelang Rombakan Kabinet PMX01:18:17 Refleksi Ong Kian Ming
    --------  
    1:25:17
  • EP180 | My Digital ID, Cabaran Usahawan Digital, PRN-17 Sabah, Kawalan Akaun Media Sosial
    Episod 180 ini dibawakan khas oleh MyDigital ID, sebuah platform identiti digital nasional Malaysia yang kini berintegrasi dengan lebih 101 aplikasi kerajaan & swasta bagi memastikan akses perkhidmatan digital kerajaan yang lebih selamat, mudah dan dipercayai. Satu Kunci Untuk Semua , daftar diri anda hari ini!Muat turun MyDigital ID di sini :https://www.digital-id.my/en/downloadEpisod kali ini membuka tirai perbincangan dengan perkembangan terkini MyDigital ID. Status integrasi, FAQ's dan persoalan yang dibangkitkan ramai, peranan identiti digital nasional dalam mengukuhkan ekosistem keselamatan digital negara serta akses rakyat kepada perkhidmatan kerajaan. Episod ini kemudian beralih bersama tetamu jemputan Syed Gaddafi Syed Syed Saifuddin, CEO GNI Pharma Sdn Bhd bagi membincangkan cabaran usahawan digital tempatan. Topik meliputi tekanan persaingan di platform e-dagang, isu standard keselamatan produk, model harga tidak seimbang, dan strategi untuk memastikan SME terus berdaya saing dalam ekonomi digital.KS turut menyentuh perkembangan penting PRN-17 Sabah, di mana medan memilih membawa jumlah calon paling tinggi dalam sejarah, persaingan blok politik utama, manifesto parti-parti, isu serta faktor lapangan yang mencorakkan mood pengundi di Sabah.Akhir episod meneliti keputusan kerajaan untuk melarang pembukaan akaun media sosial bagi kanak-kanak bawah 16 tahun mulai tahun depan. Perbincangan merangkumi mekanisme eKYC, penggunaan MyDigital ID sebagai pengesahan umur, kebimbangan buli siber, risiko eksploitasi, isu privasi, serta persoalan besar — sejauh mana larangan ini praktikal untuk dilaksanakan?Ingin jenama anda dikenali oleh ribuan pendengar?Taja episod Keluar Sekejap 2025!Hubungi +6011-1919 1783 atau emel [email protected]:00 Intro00:57 My Digital ID21:24 ⁠Cabaran Usahawan Digital bersama Syed Gaddafi Bin Syed Saifuddin59:41 ⁠PRN-17 Sabah01:13:56 Kawalan Akaun Media Sosial
    --------  
    1:17:52
  • EP179 | Amirudin Bakal Menteri Kabinet?, Perpecahan Dalaman PKR, Belanjawan 2026, Konsesi Parkir
    Audio Siar Keluar Sekejap Episod 179 menampilkan Dato’ Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor, meneliti intipati Belanjawan Selangor 2026, termasuk keutamaan pendidikan negeri, strategi pembangunan ekonomi, serta komitmen terhadap kebajikan rakyat.Perbincangan turut menyentuh dinamika politik pasca Pemilihan PKR, termasuk isu perpecahan dalaman, persaingan kepimpinan, serta naratif “Hiruk dan Damai” yang terus membentuk perjalanan parti pada era semasa.Episod ini juga merungkai perkembangan terkini PRN Sabah, termasuk implikasinya terhadap politik nasional dan hubungan antara kerajaan negeri serta persekutuan.Selain itu, Dato’ Seri Amirudin memberi respons terhadap dakwaan mengenai konsesi parkir yang dikaitkan dengan kerabat Selangor, serta isu melibatkan pegawai Menteri Besar yang didakwa hidup mewah.Ingin jenama anda dikenali oleh ribuan pendengar? Taja episod Keluar Sekejap 2025!Hubungi +6011-1919 1783 atau emel [email protected]:00 Intro 1:20 Refleksi EP Toh Puan Naimah5:00 Refleksi EP Zafrul7:40 Belanjawan Selangor 202611:15 Pendidikan Selangor20:33 Fokus Ekonomi Semikonduktor30:36 Tenaga Nuklear35:45 Sektor Baru Ekonomi Selangor38:20 Reformasi PBT44:25 Pendapatan Kerajaan Selangor48:35 PRN Sabah1:07:33 Masalah Dalaman PKR1:28:46 Nurul Izzah Bakal MB Selangor?1:35:45 Isu Konsesi Parkir1:45:50 Isu Pegawai MB
    --------  
    1:53:56

Mais podcasts de Ciência política

Sobre Keluar Sekejap

Podcast Keluar Sekejap (KS) bersama Khairy Jamaluddin (KJ) dan Shahril Hamdan. Merapatkan jurang dalam perbincangan isu politik dan semasa dengan gaya lebih santai serta bahasa yang mudah difahami. For collaboration and sponsorship, contact [email protected]
Site de podcast

Ouça Keluar Sekejap, STF Oficial e muitos outros podcasts de todo o mundo com o aplicativo o radio.net

Obtenha o aplicativo gratuito radio.net

  • Guardar rádios e podcasts favoritos
  • Transmissão via Wi-Fi ou Bluetooth
  • Carplay & Android Audo compatìvel
  • E ainda mais funções
Informação legal
Aplicações
Social
v8.1.2 | © 2007-2025 radio.de GmbH
Generated: 12/13/2025 - 1:19:56 PM